Salam untuk semua,
Just nak kongsi ngan korang pengalaman aku ngan geng ofis ke Pulau Kapas baru-baru ni. Memang cantik! Deruan ombak Cina Selatan dan pasir yang memutih memang memukau pandangan..tenang kepala otak yang berserabut. Lari dari hiruk-pikuk kota dan bagi yang bawa pasangan, ibarat honeymoon kali ke-2.
Perjalanan 15mnt dari Jeti Marang akhirnya kami sampai di pesisir pantai Pulau Kapas. Chalet Mak Cik Gemok setia menyambut kedatangan kami. Memang best ler, makan dan minum disediakan di samping aktiviti-aktiviti lain.
Malamnya geng2 kami membelah ombak Laut Cina Selatan, memulakan tugasan 'mencandat sotong'. Walaupun hujan dan ramai antara kami yang mabuk laut, semangat tetap berkobar. Akhirnya dapatlah habuan walau tak seberapa. Besoknya aku dan geng2 terjun ke pantai untuk snorkling. Cantik beb, jernih sejernih-jernihnya. Macam2 ikan berwarna-warni dan batu karang dapat tengok. Bagi orang yg pertama kali mencuba mcm aku ni, memang syok lah! Airnya memang jernih, tak tercemar langsung. Malamnya aktiviti berbeku.
Kat blog ni korang bleh tgk video masa kitaorang kat sana. InsyaAllah, di lain masa, di lain kesempatan, aku kongsi lagi cerita2 pasal percutian ngan korang. Okey, hidup ni singkat, so pandai-pandai la korang manfaatkan masa yang korang ader. Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment